Wednesday, November 12, 2008

Santai bersama FAD 2008



KUANTAN, 30 Okt. 08 - Satu program ”Santai bersama Bahagian Kewangan & Akaun (FAD) ShahPutra” telah diadakan di lobi utama Kolej ShahPutra. Objektif utama program ini adalah untuk merapatkan hubungan antara kakitangan, pelajar dan Bahagian Kewangan & Akaun ShahPutra serta menyampaikan maklumat kewangan dan pelbagai informasi lain terus kepada pelajar melalui pendekatan yang lebih mesra.


Program bermula dengan upacara perasmian oleh Y.Bhg Tn. Hj. Idham b. Abdul Karim yang merupakan Pengarah Kanan Pentadbiran merangkap Ahli Lembaga Pengarah Kolej ShahPutra. Antara program dan aktiviti yang diadakan termasuk cabutan bertuah, hadiah misteri, anugerah pelajar, gerai jualan, pemeriksaan kesihatan percuma oleh pelajar program Diploma Kejururawatan dan jamuan hari raya ’pot luck’ KEKAS (Kelab Kakitangan ShahPutra).


Penasihat program yang juga merupakan Pengarah Kewangan dan Akaun, Azuwan Aris berkata, aktiviti ini akan dijadikan acara tahunan bagi Bahagian Kewangan dan Akaun berdasarkan sambutan yang amat menggalakan daripada kakitangan dan pelajar serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya. Bagi Salmiha Mohamad iaitu Pengurus Kewangan Bahagian yang juga merupakan Pengurus projek bagi program ini berkata, kegembiraan dan kemeriahan yang dikongsi oleh kakitangan dan pelajar bagi program ini menunjukkan semangat kerjasama, kekeluargaan dan perpaduan yang telah wujud sejak sekian lama dan amat berbangga dengannya dan berharap ianya akan berterusan.


Pada program ini juga Anugerah pelajar paling mesra dimenangi oleh Mohd Syafizat Mohd Said dari program Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat UiTM, anugerah pelajar terbaik (pembayaran) MARA dimenangi oleh Junisaelah Naswar dari program yang sama. Anugerah pelajar terbaik (pembayaran) PTPTN dimenangi oleh Muhd Alif Farhan Mustapha dari program pengurusan dan teknologi pejabat. Untuk anugerah pelajar yang membuat pembayaran tertinggi semasa dimenangi oleh Ezraferany Insin dari program Diploma Ukur Bahan UTM dan anugerah pelajar bayaran tertinggi bulanan dimenangi oleh Narinderpal Kaur dari program Diploma Kejururawatan ShahPutra. Manakala bagi kategori kakitangan paling disukai (favourite) Bahagian Kewangan dan Akaun ShahPutra dimenangi oleh Cik Hasnida Hazwani bt. Hashim.

1 comment:

  1. santai FAD tipu seme adiah ambik dik staf FAD je mana aci

    ReplyDelete

Trip FAD 2008


Blog Archive