Saturday, November 22, 2008

Besday Kak Sal Kak Su & Adai

Kuantan 20 Okt, 08: Hari ni FAD celebrate besday 3 of our team members yang jatuh pada bulan Okt/Nov 08 iaitu Kak Sal, Kak Su & Adai. FAD celebrate di KFC Pasar termasuklah meraikan pemergian Ayie (Sakeri) Corporate sebab dapat offer gi TM. So FAD doakan selamat berjaya dan gembira di TM and don't forget about us...FAD juga ucapkan selamat panjang umur dan dimurahkan rezeki kepada member FAD yang diraikan besdaynya..Ni gambo2 untuk tatapan semua yang mengaxses FAD blog.

Wednesday, November 12, 2008

Trip to Langkawi

LANGKAWI 4 - 6 Oktober 08 :

FAD jalan-jalan ke Langkawi-Penang-Kedah dan terus beraya di rumah Adai, Nana dan Pian. Best giler! Giler pun tak best macam ni.

Shopping kat Langkawi perhhh..kaksu shopping paling banyak tapi banyak yang tengok jer...duit raya dah abis daaaa...tp sedih gak tak cukup team kaksal takde de...

Se lagi terima kasih kat van pakcik sayuti anaknya mamai van
nyer memang executive giler n power!

Harap tahun depan FAD Club boleh buat trip g London ke Kenya ke Uganda ke atau Umrah ke insyaAllah...anything possible!

Ok geng FAD! Work smart work hard WORK.......WORK........
WORK....nanti boleh cuti lagi!
Nak gi mana yek........2009

Santai bersama FAD 2008



KUANTAN, 30 Okt. 08 - Satu program ”Santai bersama Bahagian Kewangan & Akaun (FAD) ShahPutra” telah diadakan di lobi utama Kolej ShahPutra. Objektif utama program ini adalah untuk merapatkan hubungan antara kakitangan, pelajar dan Bahagian Kewangan & Akaun ShahPutra serta menyampaikan maklumat kewangan dan pelbagai informasi lain terus kepada pelajar melalui pendekatan yang lebih mesra.


Program bermula dengan upacara perasmian oleh Y.Bhg Tn. Hj. Idham b. Abdul Karim yang merupakan Pengarah Kanan Pentadbiran merangkap Ahli Lembaga Pengarah Kolej ShahPutra. Antara program dan aktiviti yang diadakan termasuk cabutan bertuah, hadiah misteri, anugerah pelajar, gerai jualan, pemeriksaan kesihatan percuma oleh pelajar program Diploma Kejururawatan dan jamuan hari raya ’pot luck’ KEKAS (Kelab Kakitangan ShahPutra).


Penasihat program yang juga merupakan Pengarah Kewangan dan Akaun, Azuwan Aris berkata, aktiviti ini akan dijadikan acara tahunan bagi Bahagian Kewangan dan Akaun berdasarkan sambutan yang amat menggalakan daripada kakitangan dan pelajar serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya. Bagi Salmiha Mohamad iaitu Pengurus Kewangan Bahagian yang juga merupakan Pengurus projek bagi program ini berkata, kegembiraan dan kemeriahan yang dikongsi oleh kakitangan dan pelajar bagi program ini menunjukkan semangat kerjasama, kekeluargaan dan perpaduan yang telah wujud sejak sekian lama dan amat berbangga dengannya dan berharap ianya akan berterusan.


Pada program ini juga Anugerah pelajar paling mesra dimenangi oleh Mohd Syafizat Mohd Said dari program Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat UiTM, anugerah pelajar terbaik (pembayaran) MARA dimenangi oleh Junisaelah Naswar dari program yang sama. Anugerah pelajar terbaik (pembayaran) PTPTN dimenangi oleh Muhd Alif Farhan Mustapha dari program pengurusan dan teknologi pejabat. Untuk anugerah pelajar yang membuat pembayaran tertinggi semasa dimenangi oleh Ezraferany Insin dari program Diploma Ukur Bahan UTM dan anugerah pelajar bayaran tertinggi bulanan dimenangi oleh Narinderpal Kaur dari program Diploma Kejururawatan ShahPutra. Manakala bagi kategori kakitangan paling disukai (favourite) Bahagian Kewangan dan Akaun ShahPutra dimenangi oleh Cik Hasnida Hazwani bt. Hashim.

Trip FAD 2008


Blog Archive